Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) adalah sebuah persatuan dan badan bukan kerajaan yang berlatarbelakangkan seni dan budaya melayu dengan aktiviti teras adalah bagi memperkenalkan dan mengembangkan Silat Cekak Malaysia kepada orang-orang Melayu dan Islam di tanah air.
1.1 Kelas Latihan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Ibu Pejabat AU4 telah mula dibuka pada bulan Mac 1988 setelah permohonan untuk menyewa kawasan lapang diluluskan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Kawasan lapang inilah yang telah menjadi tapak kelas latihan Silat Cekak Malaysia hinggalah sekarang.
1.2 Wujudnya kelas latihan ini telah memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mempelajari Silat Cekak. Mempelajari ilmu beladiri masih lagi relevan sejajar dengan keperluan masa kini dalam menempuh kehidupan yang semakin dicengkam dengan pelbagai cabaran dan kemelut gejala sosial.
1.3 Ilmu beladiri Silat Cekak yang diajarkan kepada ahli-ahlinya boleh dipertanggungjawabkan bukan sahaja ke atas dirinya sendiri, malah juga keluarga, masyarakat, agama dan negara.
1.4 Selain ilmu persilatan, PSSCM juga memberi pengisian dan kefahaman melalui pendekatan budaya Melayu yang berteraskan ajaran agama selaras dengan visi dan misi negara untuk melahirkan bangsa Melayu yang memilki jati diri yang sebenar.
ASAL USUL
Jumaat, 7 Ogos 2009
Khamis, 12 Februari 2009
ASAL USUL SILAT CEKAK
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'. Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali". Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)